Thursday 24 July 2014

:: PAKAIAN ::

:: PAKAIAN ::



Bab 4 : Pakaian

4.1 Peranan Pakaian

4.2 Kajian Fabrik

4.3 Peralatan Jahitan

4.4 Pemilihan Pakaian

4.5 Membuat Pakaian

4.6 Wordrobe

4.7 Label Jagaan Tekstil Antarabangsa

 



4.1 PERANAN PAKAIAN

Pengenalan
Apa itu pakaian?
Pakaian :
  • Sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep).
  • Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial.
  • Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan.
  • Setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.
  • Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian.
  • Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.
GENTIAN ASLI
Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan terbahagi kepaad dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.
GENTIAN BUATAN
Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering.Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula (diperolehi daripada campuran bahn kimia dengan selulosa daripda kayu atau serpihan kapas) dan sintetik (gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum).
Dalam memilih pakaian juga terdapat faktor-faktor yang perlu di ambil kira.
Antara faktor-faktor ialah :
• KEPERLUAN FISIOLOGI
Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim panas dan sejuk. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungikulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh.Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contohnya pakaian wanita yang sedang mengandung perlulah longgar dan mempunyai stail yang ringkas agar mereka selesa memakainya.Pemlihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh seseorang kelihatan lebih menarik. Contohnya jika seseorang bertubuh kurus dan langsing corak febrik yang sesuai ialah jalur melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang dan mengikut stail pakaian yang kenbang sesuai untuknya begitu juga sebaliknya untuk seseorang yang bertubuh gempal.
• PENDIDIKAN
Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman.
• GEOGRAFI
Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas, febrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah febrik yang dapat menyerap lembapandan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara.
Pakaian tebal daripada febrik buli biri-biri atau kulit diperlukand
i negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udaradan mengekalkan haba tubuh.
• PENDAPATAN KELUARGA
Febrik yang eksklusif yang diperbuat daripada febrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkanstatus atau pendapatan seseorang.
• BUDAYA DAN AGAMA
Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Pakaian tradisional ini digenerasikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya tetapi diubahsuai mengikut peredaran zaman.
Contohnya, kebaya ialah pakaian tradisi orang Melayu, ceongsam adalah pakaian tradisi orang Cina dan sari adalah pakaian orang India.Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi agama lain mereka memiliki ketetapan pakaian masing-masing. Selain itu, warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakaian member pengertian member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.
• KEMAJUAN TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siapdikeluarkan denagn mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai febrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga.Perkembangan media massa seperti filem dan video turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu.
• KEPERLUAN SOSIAL
Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada msa atau keadaan tertentu.Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk rasmi dan pakaian seragam unutk menjalankan tugas tertentu.
  


4.2 KAJIAN FABRIK

Kajian fabrik
fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan.Gentian ini diproses untuk dijadikan yarn, benang dan seterusnya menghasilkan fabric.fabrik dihasilkan dengan kaedah tenun, kait, dan tanpa tenun.mencelup warna pada kepada fabric dilakukan ketika dalam bentuk yarn atau fabric. Corak di atas fabric dibuat dengan menggunakan pelbagai kaedah.terdapat juga fabric yang diberi kemasan untuk memperbaiki kualiti.
Pembinaan fabrik
Pembinaan fabrik di bahagi kepada tiga
  • Fabrik kait
  • Fabrik tenun
  • Fabrik tanpa tenun
Fabrik kait terbahagi kepada dua iaitu kait lungsin dan kait pakan.
Ciri kait lungsin (contoh : tricot)
  • Fabric ringan
  • Kurang mengikut bentuk badan
  • Daya menyerap kelembapan baik
  • Permukaan fabric keras
  • Kurang berubah bentuk
  • Hanya dihasilkan dalam bentuk fabric
Ciri kait pakan  (contoh : fleece)
  • Fabric ringan dan sederhana berat
  • Mengikut bentuk badan
  • Daya menyerap kelembapan sangat baik
  • Permukaan fabric gebu dan lembut
  • Mudah berubah bentuk
  • Boleh terus menghasilkan pakaian
Fabric tenun pula terbahagi kepada tiga iaitu tenun biasa, tenun kelerai, dan tenun satin.
Ciri tenun biasa (contoh:muslin)
  • Poros
  • Kurang daya serap
  • Mudah renyuk
  • Kurang legap
  • Kukuh
Ciri tenun kelerai (contoh:denim)
  • Kurang poros
  • Drep dengan baik
  • Mudah renyuk
  • Tebal dan legap
  • Kukuh
Ciri tenun satin (contoh:satin)
  • Fabric licin dan berkilat
  • Daya drep yang sangat baik
  • Kurang kukuh
  • Mudah koyak
Fabric tanpa tenun terbahagi kepada dua iaitu fabric terikat dan fabric falt.
Ciri fabric terikat (contoh:napkin bayi)
  • Kuat dan teguh
  • Tinggi daya serap
  • Lembut dari fabric felt
Ciri fabric felt (contoh:permaidani)
  • Tepi tidak berjerumbai
  • Kaku dan bentuk tidak berubah
  • Kurang kukuh
  • Permukaan kasar
Kemasan fabric
Rawatan khas yang dilakukan ke atas gentian, yarn, dan fabric sebelum, semasa, atau selepas fabric dibina untuk meningkatkan kualiti fabric.
Tujuannya untuk :
  • Memperbaiki rupa
  • Memperbaiki pengendalian
  • Memberi kemasan tak kecut
  • Memneri kemasan tak renyuk
  • Memberi kemasan untuk perlindungan


4.3 PERALATAN JAHITAN

    
  
PERALATAN JAHITAN
-Peralatan  jahitan yang terkini dan canggih dapat meningkatkan kuantiti barangan dan menghasilkan mutu kerja ynag lebih profesional
-kerja menjahit akan menjadi mudah,kemas dan berkualiti jika alatan jahitan dipilih,diguna dan dijaga dengan betul.
Alatan jahitan terbahagi kepada:
  • alatan mengukur=pita ukur,pembaris lurus
  • alatan mendraf=pembaris sesiku,pembaris melengkung
  • alatan menanda=roda surih dan karbon tukang jahit,kapur tukang jahit
  • alatan menggunting=gunting,snipper
  • alatan menekan=seterika,bod seterika
  • alatan menjahit=mesinjahit,jarum tangan
  • alatan lain=jarum peniti,threader,jidal,peretas.
-pemilihan peralatan dibuat berdasarkan jenis alatan terkini,kualiti,keperluan dan harga yang berpatutan.
-alatan jahitan perlu dijaga dengan baik supaya selamat digunakan dan tahan lama
-penggunaan alatan mestilah mengikut tujuan tertentu dan mematuhi langkah keselamatan.



4.4 PEMILIHAN PAKAIAN

 
Ada beberapa jenis kod pakaian yang paling kerap digunakan, iaitu:
  1. kasual
  2. semi-formal
  3. formal
Kasual
Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.
Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya.
Pakaian kasual terdiri daripada:
  1. jeans – tidak kira seluar atau skirt
  2. t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan
  3. seluar pendek
  4. seluar capri
  5. kasut sukan
  6. selipar
Jenis kain yang sesuai ialah:
  1. denim
  2. kain kapas
  3. khaki
Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.
Semi-formal
Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke pejabat.
Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.
Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.
Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda patuhi.
Pakaian semi-formal terdiri daripada:
A. Wanita
  1. seluar panjang
  2. skirt
  3. baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain
  4. blaus
  5. blazer/jaket
  6. gaun kasual
B. Lelaki
  1. seluar panjang
  2. kemeja lengan panjang
  3. t-shirt berkolar
  4. kemeja lengan pendek
  5. jaket/blazer
  6. tali leher
Jenis kain yang sesuai ialah:
  1. khaki
  2. rayon
  3. polyester
  4. batik
Formal
Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.
Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor.
Pakaian formal terdiri daripada:
A. Wanita
  1. jaket dengan skirt atau seluar
  2. seluar panjang dengan blaus yang sesuai
  3. kurung atau kebaya
  4. kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)
Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup kulit.
Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik.
B. Lelaki
  1. baju sut/blazer yang sesuai
  2. kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali leher
  3. vest
  4. tali pinggang atau suspender
  5. stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai
  6. kemeja batik/baju melayu dan samping
  7. kasut kulit
Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandanganda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.



4.5 MEMBUAT PAKAIAN




Membuat pakaian
Terdapat tiga peringkat dalam menghasilkan pakaian iaitu perancangan, pelaksanaan, dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja.pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.
1)     Penilaian  perlulah mengandungi rekod kerja dan hasil kerja.
Rekod kerja  mengandungi :
  • Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang
  • Fabric yang digunakan
  • Ukuran badan
  • Proses menjahit
  • Melakar pola
  • Susun atur pola
  • Langkah menjahit
  • Pengiraan kos
2)   Pelaksanaan pula dari segi
  • Menyediakan pola
  • Membentang dan menyusun atur pola
  • Menggunting
  • Menjahit
3)    Perancangan pula terbahagi kepada tiga iaitu pemilihan stail pakaian dan penyedian rekod kerja.
Pemilihan stail pakaian
  • Penghilangan gelembung-lisu pemadan
  • Kelim-kelim belah kangkung
  • Belah- belah berlapik, belah berzip
  • Gari leher- lapik berbentuk
  • Penyudah tepi- kelepet lurus
  • Lengan- lengan padanan rata
  • Kancing-butang katup, cangkuk, dan palang.
Penyediaan rekod kerja
  • Lakaran stail pakaian
  • Fabric yang digunakan
  • Ukuran badan
  • Proses menjahit
  • Melakar pola
  • Susun atur pola
  • Langkah menjahit
  • Pengiraan kos
Panduan memilih stail pakaian individu
Tinggi dan gempal
- Fabrik: nipis, lembut sederhana, tebal an lembut
- Warna: lembut dan gelap
- Corak: tegak, saiz sederhana

Tinggi dan lansing
- Fabrik: sederhana tebal
- Warna: terang dan cerah
- Corak: melintang, tabur dan sebar saiz besar

Rendah dan Gempal
- Fabrik: sederhana nipis, lembut
- Warna: lembut dan gelap
- Corak: tabur saiz kecil, tegak, dan serong

Rendah dan kurus
- Fabrik: sederhana tebal
- Warna: cerah dan terang
- Corak: kombinasi tegak dan melintang, tabur saiz besar

4.6 WARDROBE

PENGENALAN DAN PERANCANGAN WARDROBE
Wardrobe ialah semua jenis pakaian yang ada di dalam koleksi individu dan aksesori yang dipadankan bersama. Cube lihat gambar di bawah yang saya sertakan,itulah wardrobe yang menunjukkan pelbagai pakaian dan aksesori.
Perancangan wardrobe
Perancangan wardrobe meliputi merancang koleksi pakaian dan menyenggara wardrobe termasuk aksesorinya. Kerja menyenggara wardrobe melibatkan pencucian dan penyimpanan. Semua perancangan ini perlu dilakukan dengan teliti kerana boleh :
♥ mencerminkan peribadi yang baik
♥ menjimatkan perbelanjaan
♥ mengenal pasti pakaian dan aksesori yang diperlukan
Prinsip merancang wardrobe
Ketika merancang wardrobe, beberapa prinsip perlu dipatuhi, iaitu :
1) bersesuaian dengan status sosio-ekonomi
2) memenuhi peranan individu
3) memenuhi keperluan aktiviti harian
4) bersesuian dengan cuaca dan persekitaran
5) mengikut keperluan agama, bangsa dan budaya
1) bersesuaian dengan status sosio-ekonomi
Wardrobe perlu bersesuaian dengan status sosio-ekonomi. Koleksi wardrobe perlu mengikut kemampuan anda. Tidak semestinya yang mahal itu cantik. Cara untuk menjimatkan perbelanjaan wardrobe ialah :
● tidak membeli banyak item bagi setiap klasifikasi
● merekodkan inventori wardrobe supaya anda membeli hanya item yang diperlukan
● mengamalkan mix and match apabila mengenakan pakaian dan aksesori
Rajah di bawah menunjukkan mix and match pakaian.
2) memenuhi peranan individu
Wardrobe perlu memenuhi peranan individu dalam masyarakat. Pakaian individu haruslah mencerminkan gender, pekerjaan, umur atau kedudukan dalam masyarakat setempat seperti jadual di bawah :
GenderLelaki mempunyai wardrobe yang berlainan daripada perempuan.
PekerjaanIndividu yang memakai pakaian seragam, tidak memerlukan banyak pakaian dalam wardrobenya, manakala seorang ahli korporat atau eksekutif memerlukan banyaklounge suit.
UmurRemaja mempunyai wardrobe yang tidak sama dengan kanak-kanak atau orang dewasa.
Kedudukan dalam masyarakatSeseorang yang mempunyai peranan atau tanggungjawab dalam masyarakat seperti seorang imam masjid dapat dikenal pasti peranannya melalui pakaian.
3) memenuhi keperluan aktiviti harian
Aktiviti harian menentukan jenis pakaian yang perlu ada di dalam wardrobe. Pakaian riadah, kasual, dan formal bergantung kepada kecenderungan individu menjalankan aktiviti berkenaan. Contohnya individu yang suka bersukan mempunyai lebih banyak pakaian sukan, manakala individu yang selalu menghadiri majlis formal, mempunyai banyak pakaian formal. Wardrobe anda harus mempunyai pakaian mengikut aktiviti yang sering anda lakukan. Gambar di bawah menunjukkan pakaian formal, pakaian kasual, dan pakaian riadah.
4) bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran
Pakaian yang dipakai semasa cuaca panas tidak sama dengan pakaian semasa cuaca sejuk.
● pakaian semasa cuaca panas terdiri daripada pakaian yang ringkas dan diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh seperti kapas dan sutera.
● pakaian semasa cuaca sejuk terdiri daripada baju tebal yang diperbuat daripada fabrik benang sayat yang dapat memerangkap haba.
Gambar menunjukkan pakaian yang dipakai di negeri bercuaca sejuk dan panas.
5) mengikut keperluan agama, bangsa dan budaya
Agama, bangsa dan budaya banyak mempengaruhi pemilihan pakaian individu. Sebagai contoh, wanita beragama Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat, manakala sami Buddha pula memakai kain kuning yang dililit di badan. Pakaian tradisional melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum seperti ceongsam melambangkan pakaian tradisi kaum Cina, manakala sari melambangkan pakaian tradisi kaum India.
Prinsip menyenggara wardrobe terbahagi kepada dua iaitu pencucian dan penyimpanan.
Pencucian
  • Asingkan pakaian
  • Ikut arahan label jagaan tekstil antarabangsa
  • Baiki pakaian rosak
  • Hilangkan kotoran
  • Pilih bahan pencuci
  • Rendan, cuci, dan bilas pakaian
  • Keringkan pakaian
  • Seterika pakaian dan anginkan pakaian.
Penyimpanan
  • Simpan di ruang khas yang kering
  • Pakaian boleh dilipat, digantung dan diseterika
  • Asingkan pakaian dan aksesoro mengikut klafikasi

4.7 LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA



 
untuk maklumat lanjut tentang label jagaan tekstil ini … anda semua boleh la klik pada link ini  :: http://www.textileaffairs.com/c-common.htm ::
 semoga berjaya ^_^ ..

:: MAKANAN DAN TEKNOLOGI ::

:: MAKANAN DAN TEKNOLOGI ::

Bab 3  : Makanan Dan Teknologi

3.1 Pemilihan dan Penyimpanan Makanan

3.2 Prinsip Memasak

3.3 Pengurusan Sajian

3.4 Sanitasi Makanan




3.1 PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

MAKANAN SEGAR
makanan yang belum dimasak atau diproses. Contoh sayur – sayuran, ikan dan daging. Makanan segar mudah rosak kerana kandungan air yang tinggi dan sesuai untuk pembiakan mikroorganisma. Makanan menjadi rosak jika disimpan kerana enzim akan meranumkan makanan sehingga menjadi lembut dan lebam.


3.2 PRINSIP MEMASAK


DEFINISI PRINSIP MEMASAK 
Prinsip memasak ialah penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai. Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yag berbeza dapat memperbaiki rupa, warna, tekstur, rasa dan meminimumkan kehilangan nutrien dalam makanan.
TUJUAN MEMASAK
Tujuan makanan dimasak adalah supaya makanan itu selamat dimakan, memudahkan pencernaan, membaiki rupa dan tekstur makanan, lebih menarik dan menyelerakan , mempelbagaikan masakan dan menambah perisa makanan.
HABA KERING HABA LEMBAP
  • menggoreng                                                                                     * mengukus
  • menggril                                                                                            *  mencelur
  • memanggang                                                                                   * mereneh
  • membakar                                                                                        * merebus
KAEDAH MEMASAK 
  1. KAEDAH MENGGORENG

Terdapat 3 jenis menggoreng iaitu goreng kering, goreng tohor dan goreng minyak penuh
2.  KAEDAH MENGUKUS

Kaedah memasak yang menggunakan wap daripada air mendidih. 2 jenis mengukus iaitu langsung dan tidak langsung.
3.  KAEDAH MEREBUS

Kaedah memasak makanan dalam air mendidih (100′C) dan dibiarkan masak secara mereneh sehingga lembut.
4.   KAEDAH MERENEH
Kaedah memasak dengan air mendidih secara perlahan di dalam periuk bertutup dan makanan dimasak dalam tempoh yang lama.
5.   KAEDAH MENCELUR

Kaedah memasak makanan menggunakan air mendidih dalam jangka masa yang singkat.



3.3 PENGURUSAN SAJIAN

PENGURUSAN SAJIAN
-Pengurusan sajian yang berkesan dapat dicapai dengan kebijaksanaaan memilih makanan berdasarkan beberapa perkara iaitu:
  • perancangan menu
  • pemilihan menu
  • penyediaan makanan 
PERANCANGAN MENU
-Menu = senarai makanan yang dihidang untuk sesuatu sajian
-sajian = makanan yang disajikan pada masa tertentu seperti sarapan pagi,makan tengah hari,minum petang dan makan malam.
-perancangan menu perlu mengikut keperluan setiap ahli keluarga yang bergantung pada keadaan fizikal dan tahap kesihatan
Faktor mempengaruhi perancangan menu:
- tujuan sajian
- keperluan
- kegemaran
- keseimbangan sajian
- sumber
-  bilangan tetamu
PEMILIHAN MENU
-Pemilihan menu yang baik mementingkan keperluan dan kesesuaian menu untuk  sajian-sajian tertentu.Makanan sajian hendaklah seimbang,menarik,segar,dimasak dengan sempurna,disaji dalam porsi yang mencukupi dan pada waktu makan yang ditentukan.
-Sajian harian= sajian yang dihidangkan dalam sehari dan boleh dibahagikan kepada:
-sajian utama=sarapan,makan tengah hari,makan malam
-sajian sampingan =minum pagi,minum petang,minum malam
-Hi-tea
-brunch
Menyediakan perancangan kerja seperti :
-memilih menu
-menyenaraikan ramuan utama dan peralatan
-mengira kos
-menyediakan susunan kerja
PENYEDIAAN MAKANAN
-Penyediaan makanan yang bersistem boleh diamalkan dengan mematuhi perancangan kerja menyedia,memasak,menyaji,mengemas dan mencuci dengan teliti.
Penilaian hasil masakan dapat dinilai melaui beberapa aspek iaitu:
-rupa
-tekstur
-rasa
-nutrien
-persembahan


3.4 SANITASI MAKANAN


PENGENALAN

Kualiti makanan boleh dipengaruhi oleh kesihatan fizikal, social dan moral masyarakat. Disebabkan ini kerajaan menyediakan cadangan, langkah peraturan dan akta bagi menjamin keselamatan makanan di pasaran. Semua pihak yang terlibat dalam pemprosesan makanan atau berkait rapat dengan penyedian makanan perlulah bertanggungjawab ke atas sanitasi makanan.

KEBERSIHAN

Sanitasi makanan :
  • Pegawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan prinsip kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran makanan tidak berlaku.
Prinsip kebersihan makanan meliputi :
Prinsip Kebersihan Makanan
  1. Menyedia makanan
  2. Memasak makanan
  3. Menyimpan bahan makanan
  4. Kebersihan diri
  5. Menyaji makanan
  6. Menyimpan makanan yang telah dimasak

PENCEMARAN

*Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh :
  • Tindakan organism perosak makanan
  • Tindak balas enzim
  • Keadaan didalam persekitaran
*Sebahagian bakteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan jika tidak dikendalikan dengan sempurna.
Toksin:
  • Racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma
Mikroorganisma yang menghasilkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar adalah :
  • Staphylococcus aureus
  • Clostridium botulinum
  • Clostridium perfringens
  • Kulat
*Makanan trcemar akan berubah rupa, rasa, bau dan tekstur.
*Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang telah tercemar.
*Keracunan menyebabkan cirit-birit, muntah, dan kemungkinan        kematian.
*Kesan keracunan dapat dirasai selepas 1 hingga 30 jam.