Thursday 24 July 2014

:: MAKANAN DAN BUDAYA ::

:: MAKANAN DAN BUDAYA ::



Bab 2  : Makanan Dan Budaya

2.1 Faktor-faktor Diet

2.2 Perancangan Menu

2.3 Pemilihan Menu




2.1 FAKTOR-FAKTOR DIET


redfruitemoticon redfruitemoticon redfruitemoticon redfruitemoticon redfruitemoticon redfruitemoticon redfruitemoticon
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi diet. Antaranya ialah:-
a) Keperluan Fisiologi
Makanan diperlukan untuk memenuhi keperluan fisiologi tubuh bagi mengekalkan kesihatan optimum serta menentukan sistem dalam tubuh dapat berfungsi dengan berkesan.Kuantiti makanan yang diperlukan bergantung kepada umur, jantina, saiz tubuh dan aktiviti individu.
b) Pendidikan
Taraf pengetahuan pemakanan dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti diet individu. Berasaskan pengetahuan ini individu akan lebih sedar tentang kepentingan nutrien dan berupaya mengubah corak diet mengikut keperluan kesihatan. Selain itu, mereka yang mempunyai pengetahuan pemakanan dapat menyediakan makanan yang ringkas dan berkhasiat dalam jangka masa yang singkat.
c) Pendapatan keluarga
Pembelian bahan makanan untuk diet bergantung kepada kemampuan keluarga. Keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai sumber yang terhad untuk membeli bahan makanan. Dengan itu, pengetahuan pemakanan adalah penting untuk keluarga membuat perancangan sajian yang menggunakan bahan makanan yang murah tetapi berkhasiat.
d) Geografi
Diet seseorang masyarakat bergantung juga kepada iklim, kemudahan sumber makanan dan infrastruktur kawasan. Di kawasan tanaman padi, beras dan hasil beras digunakan dalam sajian setiap hari. Kemudahan infrastruktur pula membolehkan semua jenis bekalan makanan sampai ke tempat tertentu.


2.2 PERANCANGAN MENU

DEFINISI MENU
Perkataan menu berasal dari bahasa perancis yang membawa maksud perincian.
Menu merupakan satu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu sajian.
Perancangan menu pula ialah kaedah merancang sajian yang seimbang dan
berkhasiat.
TUJUAN MERANCANG MENU
Menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan.
Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan.
Menyediakan sajian yang menarik, berkhasiat, menyelerakan dan digemari.
•Mengikut anggaran perbelanjaan yang ditetapkan                                                                                                                                              
FAKTOR PERANCANGAN MENU
JENIS HIDANGAN
-          Berasaskan sajian majlis formal atau tidak formal.
KEGEMARAN
-          Setiap individu mempunyai kegemaran masing-masing
PERBELANJAAN
-          Mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran.
SUMBER MAKANAN SEMASA
-          Bahan yang digunakan pada musimnya adalah lebih segar dan murah
KEMUDAHAN FIZIKAL
-          Alatan memasak yang lengkap membolehkan makanan dihidang dengan cepat dan sempurna.
SUMBER TENAGA DAN MASA
-          Memudah dan mempercepatkan penyediaan makanan.
KEPELBAGAIAN
-          Menu yang dirancang perlu mempunyai variasi dari segi kaedah memasak,
tekstur, rasa, warna dan jenis bahan makanan.
KEPERLUAN
-          Pilihan menu perlulah membekalkan diet yang seimbang.


2.3 PEMILIHAN MENU

No comments:

Post a Comment