Thursday 24 July 2014

:: MAKANAN DAN PEMAKANAN ::

:: MAKANAN DAN PEMAKANAN ::




1. Makanan dan Pemakanan

1.1 Peranan makanan

1.2 Diet

1.3 Pencernaan dan penyerapan



1.1 PERANAN MAKANAN

Makanan seimbang adalah seperti ‘minyak’ yang berfungsi memberi tenaga, membina dan memulihkan badan. Makanan yang kita makan adalah faktor penyumbang utama kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung, obesiti, kanser dan masalah penghadaman kerana ia diambil secara berlebihan. Ini juga dikenali sebagai penyakit tamadun moden abad ke 21.    
Pola pemakanan moden yang tidak sihat adalah disebabkan pembangunan ekonomi, sosial dan industri. Peningkatan taraf hidup telah menyebabkan pengambilan makanan yang dulunya dianggap sebagai makanan mewah yang terdiri daripada makanan yang telah diperoses serta makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi dengan banyaknya. Terdapat pengurangan yang amat nyata dalam pengambilan makanan utama yang mengandungi nutrisi. Selain daripada itu kualiti makanan yang terhasil pada masa kini juga berbeza disebabkan pemodenan di dalam bidang pertanian, penternakan dan industri makanan. Pada masa ini kebanyakan makanan mengandungi bahan perasa tiruan, bahan pengawet, stabilizer, aditif, hormon dan ratusan jenis kimia yang tidak mempunyai khasiat. Malah ia akan merosakkan tubuh manusia dan menyebabkan penyakit-penyakit kronik.
Pada masa ini kebanyakan kita telah sedia maklum tentang makanan yang boleh meningkatkan kesihatan dan mencegah penyakit. Contohnya diet yang tidak sihat akan menyebabkan tekanan darah semakin teruk, menyebabkan masalah saraf dan boleh mempengaruhi pembangunan fizikal, mental dan emosi. Ia juga dapat meningkatkan kesan alahan pada sesuatu makanan dan kemungkinan toksiknya menyerang badan.
Masalah kegemukan yang dihadapi oleh semua orang pada masa ini juga merupakan kebimbangan yang serius. Kegemukan merupakan faktor penting kepada pelbagai jenis penyakit. Selain daripada elemen genetik, kegemukan juga disebabkan oleh diet yang tidak sihat. Dengan mengamalkan terapi semulajadi seperti naturopati, pengambilan herba dan perubahan diet. Kita dapat mengelakkan diri kita dari menjadi gemuk dan seterusnya menjauhi penyakit-penyakit kronik.
Mengamalkan diet sihat tidak semestinya dengan hanya mengelakkan makanan manis dan berlemak atau hanya makan sayur-sayuran. Perubahan diet songsang, yang dilakukan secara serta merta atau sementara boleh menjadikan badan tidak dapat menyerap nutrien penting.
Ia juga boleh mengganggu kadar metobolisme dan homeostatis badan. Kita perlu ambil makanan yang mempunyai nutrien yang baik, pilih makanan yang berkualiti dan berhati-hati dalam hal dan tabiat pemakanan kita. Ia perlu seimbang dari aspek nutrisi-nutrisi yang kritikal. Mengamalkan diet yang seimbang dan nutritif beserta dengan melakukan rutin senaman adalah wajib untuk hidup sihat dan bahagia. Yang paling penting pilihlah makanan yang mempunyai nutrien semulajadi atau natural yang menepati keperluan sel-sel badan supaya diri kita dapat melambatkan kesan penuaan atau ‘ageing process”.
icon042.gif
ANTARA PERANAN MAKANAN IALAH :

MENTENTERAMKAN FIKIRAN
Emosi individu sering berubah daripada emosi yang stabil kepada yang tidak stabil disebabkan kekecewaan, putus asa, rasa bersalah, dan sedih kerana kehilangan sesuatu. Ada individu yang mengawal emosi ini melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi ini dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika

GANJARAN MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU

Tingkah laku individu merupakan sebahagian daripada personaliti. Personaliti dapat diperbaiki melalui makanan. Contoh, apabila seorang kanak-kanak bersikap positif, ia akan diberi makanan yang digemari. Jika kanak-kanak itu bersikap negatif, makanan yang digemari itu tidak akan diberi. Sekiranya pengukuhan itu dibuat berulang kali, tingkah laku dapat diperbaiki dan personalitinya akan berubah.

MENGGAMBARKAN STATUS KEHIDUPAN

Apabila individu berjaya dalam kerjayanya, pendapatannya akan bertambah. Oleh itu individu tersebut mampu membuat pilihan makanan dan tempat menjamu selera yang lebih mewah. Jika individu berpendapatan rendah, pilihan jenis makanan dan tempat menjamu selera akan berbeza dengan mereka yang berpendapatan tinggi.

PERKEMBANGAN SOSIAL

Perhubungan antara individu merupakan aspek penting untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan berkomuniti. Keharmonian diperoleh daripada persefahaman dan perhubungan mesra yang yang seringkali diwujudkan semasa makan bersama keluarga dan rakan.

SUMBER NUTRIEN

Makanan membekalkan nutrien untuk tubuh. Nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh boleh didapati daripada bahan makanan seperti sumber haiwan dan tumbuhan. Nutrien diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh dari segi fizikal, fisiologi dan kimia.



1.2 DIET


MAKSUD DIET
Pengambilan makanan oleh individu.
MAKSUD DIET SEIMBANG
Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.
FAKTORPENGAMBILANDIET
  • KeperluanFisiologi
  • KepeluanSosial
  • Pendidikan
  • Pendapatan
  • Geografi
  • Agama
  • Budaya
  • KemajuanTeknologi
PERUNTUKAN DIET HARIAN YANG DISARANKAN (RDA)
RDA :-
Satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian oleh individu yang sihat mengikut jantina, umur, ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
KEGUNAAN RDA :-
Menilai kuantiti makanan berhubung dengan kesihatan.
Garis panduan penggubalan polisi
Membuat label makanan
Merancang menu harian
PENGIRAAN NILAI TENAGA :-
Karbohidrat 1g -> 17Kj
Protien 1g -> 17Kj
Lemak 1g -> 38Kj
whitekittenemoticonNOTA TAMBAHAN
Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.
Prinsip Asas Diet Seimbang
  • Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
  • Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang
Tabiat Makanan Yang Sihat
  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak



AMALKAN 5M DALAM DIET LEBARAN
  1. Apakah 5M?
    • 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
    • 5M merupakan singkatan bagi:
      • Mengurangkan gula
      • Mengurangkan garam
      • Mengurangkan minyak
      • Melebihkan buah-buahan
      • Melebihkan sayur-sayuran

  2. Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?
    • Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
    • Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
    • Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
    • Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?
      • Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
      • Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
      • Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
      • Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
    • Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.


  3. Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
    • Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
    • Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

  4. Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
    • Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
    • Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
    • Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
    • Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.


  5. Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?
    • Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
    • Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
    • Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.

  6. Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
    • Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
    • Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.
    • Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.




1.3 PENCERNAAN DAN PENYERAPAN




Pencernaan dan Penyerapan

Maksud

a) Pencernaan
Pencernaan ialah proses memecahkan molekul makanan
kompleks ke unit yang paling ringkas oleh tindakan mekanikal
dan kimia supaya dapat diserap oleh tubuh.
b) Peristalsis
Pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak
makanan sepanjang salur pencernaan.

c) Enzim
Pemangkin organik yang mengawal atau mempercepatkan tindak
balas kimia di dalam organisma hidup.
d) Rembesan
Bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar organ pencernaan bagi
melakukan fungsi tertentu.
e) Penyerapan
Serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran darah
dan sistem limfa untuk di hantar ke sel tubuh.


Hasil akhir Pencernaan
- glukosa
- asid amino
- asid lemak + gliserol.
Penyerapan hasil akhir pencernaan berlaku di usus kecil melalui
vilus.ii. Vilus mempunyai lakteal, kapilari, darah, vena arteri dan salur limfaiii.
Proses penyerapan di usus kecil ( Vilus )vitamin larut air diserap masuk glukosa melalui sel epithelium Hati asid amino ke dalam kapilari darah melalui vena portal
Vitamin larut lemak diserap masuk lemak bercampurAsid lemak dan gliserol melalui sel dengan limfa dalamepithelium sistem limfake dalam lakteal membentuk cecair disebatikan semula keruh dan masukmenjadi lemak ke dalam peredarandarah.

No comments:

Post a Comment